Page 22 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 22

PENDIDIKAN  “ Selari dengan misi universiti, pemajuan dan penyebaran ilmu, pembangunan modal
               insan yang holistik, dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, negara dan
               antarabangsa amat dititikberatkan dalam menjalankan program akademik di UM.”
                                                                                      Profesor Dr. Yatimah Ilias
                                                               Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)



            Sistem  pendidikan  yang  berkualiti  adalah  asas  bagi
            melahirkan bakat masa hadapan yang tinggi dengan
            ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan agar
            dapat memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara.


            Sistem Pendidikan Berkualiti dan
            Bertaraf Dunia

            Universiti Malaya (UM) menawarkan sejumlah 296
            program pengajian yang merangkumi Program Asasi,
            Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD. Program
            pengajian yang ditawarkan bersifat komprehensif dan
            inklusif seperti double degree, program dual master dan
            PhD kolaboratif (Joint/Dual/Split-site)  membolehkan
            pelajar untuk menimba ilmu di kampus UM dan institut
            pendidikan terkemuka  yang lain. Dengan ini, UM
            berhasrat untuk melahirkan graduan yang mempunyai
            kemahiran holistik dan daya saing yang tinggi.
               Indeks Kelestarian Program (IKP) merupakan alat
            yang berguna untuk membantu pelajar dan Universiti   Menjamin Pendidikan Berkualiti Bertaraf
            mengenalpasti program pengajian yang terbaik melalui   Dunia bagi Warga UM
            penilaian beberapa kriteria populariti dan kriteria   UM sentiasa memastikan program akademik  yang
            kebolehpasaran program. Sejumlah 63 daripada 81   ditawarkan adalah berkualiti dan mematuhi Rangka
            program akademik  yang ditawarkan di peringkat    Kerja Kelayakan Malaysia (MQA). Eksesais ini dilakukan
            Ijazah Pertama telah mencapai sasaran minimum     melalui penerapan indikator kualiti Code of Practice for
            70% pelaksanaan IKP bagi tahun 2023. Eksesais ini   Programme Accreditation (COPPA). Berikut merupakan
            memastikan UM hanya menawarkan program akademik   jumlah permohonan  yang diterima sepanjang tahun
            yang mampan dan relevan dengan keperluan abad ini.    2023:

                                                                   73              6                5

                                                                Swaakreditasi    Akreditasi       Akreditasi
                                                                                  Penuh          Sementara


                                                              Pada tahun 2023, 34 program akademik UM telah
                                                              diakreditasi dan mendapat pengiktirafan daripada 38
                                                              badan-badan professional di peringkat kebangsaan
                                                              dan antarabangsa. Pengiktirafan ini menunjukkan
                                                              program akademik di UM adalah sentiasa relevan
                                                              sejajar dengan hasrat melahirkan graduan masa
            Mahasiswa Fakuliti Kejuruteraan sedang menyiapkan tugasan   hadapan yang holistik, inklusif serta dapat memenuhi
            bersama di Padang UM.                             keperluan industri.



             20 Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27