Page 46 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 46

UM Komited Mengembangkan Jalinan Kerjasama Global dalam Kepimpinan dan
            Kepakaran
      KOLABORASI DAN PERANTARABANGSAAN
            Pengantarabangsaan merupakan salah satu teraju utama dalam matlamat UM untuk menjadi sebuah institusi
            pendidikan terkemuka di dunia. Kini dapat dilihat, UM telah dilantik dalam pelbagai jawatankuasa dan kesatuan
            di peringkat global untuk mewakili suara institusi pendidikan dalam segenap bidang. Pencapaian ini dapat dilihat
            dalam  skop  kepimpinan  ahli  pengurusan  tertinggi  UM  di  peringkat  global,  penyebaran  luas  jalinan  kerjasama
            penyelidik UM dengan penyelidik luar melalui penerbitan serta peningkatan pelajar antarabangsa.
               UM adalah ahli kepada empat belas (14) rangkaian universiti global yang memanfaatkan kekuatan dan keunikan
            setiap anggota universiti yang ada untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan. Melalui
            kolaborasi  strategik  dengan  rakan  global  dan  penyertaan  aktif  dalam  rangkaian  antarabangsa,  ini  memberi
            peluang kepada UM untuk memperluas keterlihatan impak penyelidikan yang ada dan memudahkan akses serta
            pemindahan ilmu dan teknologi antara UM dengan institusi pendidikan di peringkat global. Kolaborasi ini membuka
            pintu kepada jalinan kerjasama yang lebih banyak dan memperluas jangkauan untuk UM mempamerkan impak
            pendidikan dan penyelidikan yang ada.








              ASEAN Universities      Association of Pacific   Association of         International Association
              Network (AUN)           Rim Universities (APRU)  Commonwealth           of  Universities (IAU)
              •   30 universiti ahli   •   60 universiti sebagai   Universities (ACU)  •   600 universiti sebagai
                 teras dan 175 ahli       ahli.                •   500 universiti         ahli daripada 120
                 bersekutu.           •   Naib Canselor UM ahli   sebagai ahli            Negara.
              •   Naib Canselor UM ahli   Steering Committee      daripada 500        •   Naib Canselor UM
                 Board of Trustees.       Asia Tenggara.          Negara.                 sebagai Vice President
              •   UM mengetuai dan    •   Profesor Dr. Yvonne   •   Naib Canselor UM      IAU dan Administrative
                 menjadi tuan rumah       Lim Ai Lian, Penolong   ahli Council.           Board Member (Asia &
                 AUN-DPPNet, salah        Timbalan Naib                                   Pacific).
                 satu daripada 17         Canselor (Akademik                          •   Naib Canselor UM
                 Rangkaian Tematik di     Dan Antarabangsa)                               sebagai Chair for
                 bawah AUN.               dilantik sebagai APRU                           Working Group in Digital
                                          International Policy                            Transformation.
                                          Advisory Committee
                                          (IPAC) .






























             44 Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51