Page 41 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 41
BAB 03
Jaringan Kolaborasi:
Menghubung
Potensi, Memperluas
Kepakaran
Collaboration Network: Connecting
Potential, Broadening Expertise
Jaringan kolaborasi memainkan peranan penting dalam
memperkukuh sinergi kerjasama antara UM, pihak industri dan
institusi pendidikan yang lain. Menerusi Memorandum Persefahaman
(MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) yang terhasil, pelbagai
aktiviti telah dilaksanakan termasuk pertukaran pelajar, kerjasama
penyelidikan, guna sama peralatan, penawaran perkhidmatan
kepakaran, konsultansi dan banyak lagi. Ianya secara tidak langsung,
memacu usaha penghasilan geran penyelidikan sepadan antara
UM dengan pihak industri serta penyelidik dari institusi pendidikan
terkemuka di dunia, memperkaya output penyelidikan berimpak
tinggi dan meningkatkan keterlihatan penyelidikan UM di peringkat
antarabangsa.
Hasil daripada jaringan kolaborasi yang kukuh, ahli pengurusan UM
telah diberi tanggungjawab untuk menyertai beberapa jawatankuasa
di peringkat global. Penyelidik UM juga turut diiktiraf kepakaran
mereka untuk mengetuai inisiatif besar di peringkat global. Semakin
ramai pakar falsafah, ahli ekonomi, saintis dan pakar perubatan yang
dapat dihasilkan oleh UM. Kepakaran lain juga akan turut ikut sama
berkembang melalui usaha kerjasama dan pengantarabangsaan ini.
Di samping itu, UM sering menjadi institusi pendidikan pilihan
bagi pelajar antarabangsa. Komposisi pelajar daripada latar belakang
berbeza memupuk perkongsian ilmu dan teknologi serta memperluas
rangkaian. Usaha ini bukan sahaja dapat melahirkan graduan
yang berpengetahuan luas, malah turut membantu meningkatkan
kemahiran interpersonal staf akademik serta menjamin kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan holistik ini akan menjadikan
UM lebih dikenali sebagai institusi pendidikan terkemuka di dunia
dengan pelbagai sudut bidang dan kepakaran.