Page 36 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 36
PPUM Membongkar Wawasan: Mencetus Perintis Penyiasatan Klinikal
PENYELIDIKAN Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan
hospital penyelidikan terbesar dan pertama di
Malaysia. Bahagian Penyelidikan Klinikal (CIC)
merupakan one stop centre bagi penyelidikan klinikal
yang dijalankan di bawah PPUM. Pusat ini telah
diiktiraf sebagai Site Management Organisations
(SMO) yang mendahului penyelidikan klinikal di Asia
Pasifik melalui perkhidmatannya yang mengikut
piawaian global Good Clinical Practice (GCP), Standard
Operating Procedures, Regulatory Guidelines dan
Quality Assurance.
PPUM juga dikenali sebagai hospital pertama
didunia yang menjalankan kajian randomize 1st patient
for: 21177(FIND-CKD) dan hospital pertama di Malaysia
menjalankan kajian dalam VIR-2218, STRIDE, B-Clear,
AMPLITUDE, ESSENCE dan kajian ARC-10.
Pada 6 Januari 2023, PPUM telah diiktiraf sebagai
Pusat Kecemerlangan Perubatan Sukan Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC). Menerusi pengiktirafan ini,
PPUM menyediakan perkhidmatan Pre-Competition
Medical Assessment (PCMA) yang merupakan
prosedur pemeriksaan perubatan pra musim kepada
pasukan bola sepak yang memerlukan. Perkhidmatan
lain yang ditawarkan adalah penyelidikan ke atas
kecederaan, rawatan rehabilitasi dan persediaan
untuk kembali aktif bersukan. Pengiktirafan ini
menjadikan PPUM lebih komited untuk memastikan
perkhidmatan perubatan kesukanan yang ditawarkan Penyelidik UM menjalankan aktiviti PCMA kepada atlet bola
mencapai kualiti standard yang terbaik di peringkat sepak yang terlibat.
kebangsaan dan antarabangsa.
UM Special Project: UMHealth@Virtual
UM Health@Virtual merupakan projek khas UM yang menerapkan unsur teleperubatan dalam usaha
untuk memacu bidang penjagaan Kesihatan. UM merupakan universiti awam pertama yang berjaya
memperkenalkan prototaip kepada HPU yang lain. Kaedah ini dapat menjimatkan kos dan masa serta
menawarkan pendekatan baru dalam bidang perubatan dan penjagaan pesakit. Bukan itu sahaja,
pendekatan ini turut memberi impak kepada negara dan peringkat global melalui peningkatan dalam
pertumbuhan ekonomi, membina jaringan global dengan industri bereputasi tinggi serta dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
“Telemedicine atau teleperubatan ialah penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan
jarak jauh oleh pakar dalam bidang penjagaan kesihatan melalui pertukaran maklumat
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Ia digunakan bagi tujuan diagnosis,
rawatan dan pencegahan penyakit dan kecederaan serta dapat menyumbang dalam
kemajuan kesihatan. individu dan komuniti mereka.”
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2022
34 Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023