Page 31 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 31

Penyelidikan - Solusi kepada Isu Sejagat



                Removing Obstacles      Pertama kali dilancarkan pada tahun 2017, projek ini menawarkan  kaedah swab
                to cervical ScrEening   kendiri yang mudah, tidak menyakitkan serta berkesan bagi saringan serviks. Kini,   PENYELIDIKAN
                (R.O.S.E)               seramai lebih daripada 26,000 wanita telah disaring dan 207 wanita telah diberikan
                                        rawatan yang rapi susulan pengesanan potensi menghidapi kanser servikal. Program
                                        ini berjaya meliputi 12 daerah di Malaysia dan telah memberi manfaat kepada lebih
                26,000 saringan         daripada  250  komuniti  seluruh  Malaysia.  Bukan  itu  sahaja,  bagi  meningkatkan
                                        keberkesanan dalam pelaksanaan, R.O.S.E juga telah menjalinkan kerjsama dengan
                12 daerah               lebih daripada 80 badan bukan kerajaan  dan lebih daripada 30 hospital kerajaan
                250 komuniti            telah menggunapakai R.O.S.E. sebagai alternatif pengesanan kanser serviks yang
                                        lebih baik.



                Mengurangkan Halangan  Statistik  menunjukkan  50%  daripada  penduduk  miskin  bandar  di  Malaysia
                dalam Diagnosis Awal    menghidapi penyakit kronik namun hanya 10% daripadanya mendapatkan rawatan.
                Kanser di kalangan      Jurang  kesihatan  yang  ketara  bagi  kumpulan  bandar  B40  (uB40)  merupakan
                Kumpulan B40 Bandar     perintis bagi Prof. Dr Nur Aishah Mohd Taib Projek dan rakan-rakan penyelidik bagi
                (REBUNG)                menubuhkan kajian REBUNG: Reducing Barriers in Cancer Early Diagnosis in The
                                        Urban B40 (uB40) Group. Objektif utama projek REBUNG adalah untuk mencari
                                        jalan penyelesaian diagnosis kanser dalam jangka masa munasabah dan selamat.
                                        Ini  melibatkan  pelaksanaan  ujian  saringan  yang  merupakan  ujian  berkala  yang
                                        dilakukan kepada ahli masyarakat yang tidak bergejala, serta ujian diagnostik untuk
                                        menyelesaikan  masalah  sekiranya  ujian  saringan  menunjukkan  hasil  yang  tidak
                                        normal. Dengan kajian ini, diharapkan penemuan kanser dapat dilakukan dengan
                                        lebih cepat dan efisien serta membolehkan rawatan awal yang lebih berkesan dan
                                        meningkatkan peluang kesembuhan bagi pesakit kanser di seluruh dunia.


                Mengatasi Kesan         Dadah Musuh Negara – Selari dengan matlamat negara untuk membasmi kegiatan
                Penagihan Dadah         dadah, projek yang diterajui oleh Ir. Dr Mohd Sayuti bin Ab Karim berhasrat untuk
                                        mengatasi  masalah  penagihan  dadah  dan  mengurangkan  kos  rawatan  dengan
                                        memperkenalkan  dispenser  metadon  sebagai  terapi  alternatif.  Digabungkan
                                        dengan terapi psikospiritual, ia mampu untuk memulihkan rohani bekas penagih
                                        dadah semasa tempoh pemulihan.





                                                                            “Inovasi perlu menjadi sebahagian
                                                                            daripada budaya kita. Perubahan
                                                                            teknologi berlaku dengan sangat
                                                                            pesat, dan jika kita tidak berusaha
                                                                            untuk    mengejar,   kelak   akan
                                                                            menimbulkan masalah di kemudian
                                                                            hari”
                                                                                 Profesor Ir. Dr. Shaliza Binti Ibrahim
                                                                               Timbalan Naib Canselor Penyelidikan &
                                                                                                        Inovasi






                                                                                                             29
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36