Page 33 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 33

Mendukung Aspirasi Menjana Penyelidikan Berinovasi

               Pelbagai  inisiatif  dan  program  telah  diwujudkan  untuk  menyokong,  mendorong  dan  menggalakkan  aktiviti
               penyelidikan di peringkat universiti dalam kalangan warga UM. Pihak pengurusan UM komited untuk memastikan
               segala perkhidmatan sokongan penyelidikan di UM sentiasa efisien agar penyelidik dapat menjalankan penyelidikan
               yang berkualiti melalui pembangunan sains dan teknologi.                                                 PENYELIDIKAN


                                        Seksyen ini ditubuhkan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti kertas cadangan
                  01                    melalui platfom Top Drawer Proposal (TDP). Panel penilai yang terdiri daripada
                                        penyelidik terkemuka akan menilai kertas cadangan tersebut untuk ditambah baik dan

                  Seksyen               memadankan dengan pemberi dana yang berpotensi. Inisiatif Ini dapat meningkatkan
                                        peluang penyelidik UM untuk mendapatkan dana projek penyelidikan dan memberi hala
                  Penambahbaikan        tuju serta strategik untuk projek yang berpotensi menghasilkan impak kepada industri
                  Kertas Cadangan       dan komuniti.

                                        Seksyen ini bertujuan untuk menambahbaik manuskrip untuk menghasilkan penerbitan
                  02                    berkualiti dan memberi nasihat serta strategi untuk menerbitkan manuskrip di jurnal
                                        yang berimpak. Sasaranya tertumpu kepada pensyarah Baharu dan pensyarah kanan.
                  Seksyen Lonjakan      Seksyen ini juga membantu untuk mengenalpasti topik serta bidang yang bersesuaian
                  Penerbitan            untuk menerbitkan manuskrip supaya boleh meningkatkan sitasi penyelidik.


                                        Seskyen ini ditubuhkan untuk mengenalpasti dan membantu projek penyelidikan
                  03                    yang memerlukan Langkah intervensi. Seksyen ini akan mengumpul panel penilai
                                        untuk memberi bantuan dan nasihat kepada ketua penyelidik projek supaya isu yang
                  Seksyen Pemantauan    berbangkit boleh diselesaikan dan projek dapat mencapai objektif serta menghasilkan
                  Projek Penyelidikan   output yang telah dijanjikan. Kini sebanyak 143 projek dalam proses pemantauan oleh
                                        seksyen ini.

                                        Dasar dan garis panduan penyelidikan yang berikut telah dibangunkan pada tahun 2023
                  04                    bertujuan untuk memastikan proses penyelidikan dilakukan dengan cermat, teliti, dan
                                        berintegriti.
                  Etika Penyelidikan    1.   Dasar Pembelian Masa (Buy Out)
                  menghasilkan          2.  Dasar Kepengarangan (Authorship) Universiti Malaya
                  Penyelidik Berintegriti  3.  Polisi Konflik Kepentingan Kewangan
                                        4.  Garis Panduan Jurnal, Persidangan dan Anugerah Pemangsa
                                        Pewujudan Unit Etika Penyelidikan Perubatan (UEPP) di PPUM adalah untuk menjamin
                                        etika dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, penyelidikan perubatan dan
                                        Kesihatan. Ini termasuk kelulusan ke atas penyelidikan yang melibatkan subjek manusia
                                        (pesakit), rekod perubatan dan sampel tisu oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan
                                        Perubatan (MREC-PPUM). Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 489 kajian telah
                                        mendapat kelulusan MREC PPUM.


               Mempromosi Kepakaran dan Hasil Penyelidikan UM

               Terdapat  91  posting  dan  90  video  pendek    di  media  sosial
               UMResearch dengan capaian sebanyak 152,202 serta 45 artikel
               diterbitkan dalam media massa yang merangkumi 30 aktiviti dan
               17 anugerah inovasi.

                   UM Research Carnival (UMRC) 2022 dan UM Research Galley
               (UMRG) melibatkan pameran dan sesi interaksi antara penyelidik
               UM Bersama pihak industri dan komuniti. Pada tahun 2023, UMRC
               telah Berjaya menarik seramai 3,807 peserta, manakala dua (2)   Penyelidik UM menerangkan hasil penyelidikan yang
               siri UMRG telah Berjaya dilaksanakan.                      dipamerkan sempena program UMRG.



                                                                                                             31
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38