Page 30 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 30

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Melalui Penyelidikan

            Kini, penyelidikan di UM mampu untuk menyelesaikan cabaran yang kompleks merentas pelbagai disiplin ilmu
      PENYELIDIKAN  berdasarkan kepentingan serta keperluan semasa. Didorong oleh strategi penyelidikan yang diatur secara rapi,
            penyelidikan di Universiti Malaya telah mampu mengorak langkah baharu untuk mentransformasi hasil penyelidikan
            kepada penyelesaian yang boleh mengubah dunia.


                                     Pengeluaran global plastik primer telah berkembang lebih cepat dan berterusan.
             Menukar Sisa Plastik
             Campuran kepada Bahan  Namun, pengurusan sisa buangan plastic adalah membinbangkan. Oleh itu, Bank
             Api dan Bahan Karbon    Dunia telah melancarkan satu siri kajian mengenai potensi ekonomi yang belum
             Bernilai Tinggi: daripada   diterokai  bagi  pekeliling  plastik  di  tiga  (3)  negara  ASEAN:  Malaysia,  Filipina  dan
             Sisa kepada Kekayaan    Thailand pada Mac 2021. Berikutan pelancaran ini, UM telah mengambil Langkah
                                     proaktif melalui projek yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shaifulazuar Rozali untuk
                                     merungkai potensi mengubah sisa plastik kepada bahan api diesel alternatif dan
                                     karbon teraktif sebagai penjerap kos rendah untuk bahan pencemar ion logam.
                                     Pirolisis arka dibantu gelombang mikro yang dibangunkan dalam projek ini boleh
                                     membantu mengurangkan kos kitar semula sisa plastik di samping merealisasikan
                                     aspirasi Malaysia agar  berupaya menjadi pengeluar utama karbon pada masa akan
                                     datang.


             Projek PULIH: Melindungi  Dalam usaha untuk melindungi ekosistem marin yang kian terancam, Projek PULIH
             Kehidupan Bawah Air     di bawah pimpinan Dr. Jillian Ooi mengkaji dengan mendalam proses pemulihan
             melalui Pemulihan       terumbu karang yang rosak. Kajian yang dibuat pada fasa pertama merangkumi
             Bersepadu               genetik, koloni, dan keseluruhan ekosistem terumbu karang manakala fasa kedua
                                     menitikberatkan  pada  pengoptimuman  pertumbuhan  akar  rumput  laut  untuk
                                     pemulihan padang rumput laut yang terjejas. Selain itu, kajian ini juga memberi
                                     tumpuan kepada kaedah komunikasi sains novel dalam usaha untuk meningkatkan
                                     kesedaran  masyarakat  tentang  kepentingan  pemulihan  ekosistem  karang  dan
                                     rumput laut.




               “To make  small  changes  that will  send
               ripples through towards bigger changes
               – because even though we might not see
               the rewards  immediately or personally, it
               happens to the people around us and every
               little bit counts”

                       Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman
                Pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara 2023




















             28 Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35