Page 13 - Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat
P. 13
KITAB DURI’L MAZLUM
Maulana Abu Ishak merupakan seorang ulama tasawuf di Mekah. Beliau
mengarang kitab Daru’l Mazlum. Beliau telah menyuruh anak muridnya
yang bernama Maulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu ke
Melaka. Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur yang turut
berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak
mahu berguru dengan Maulana
Abu Bakar tetapi selepas dia
terpandangkan maulana itu
yang dipenuhi cahaya seperti
sumbu dian, maka diapun turut
berguru sama. Malah dia telah
meletak jawatan kadi dan
digantikan anaknya Kadi
Munawar.
Orang-orang Melaka dan Pasai pada masa itu sangat minat untuk belajar
ilmu agama. Kitab Duri’l Mazlum dapat diberikan makna (terjemahan)
oleh Makhdum Patakan, orang Pasai. Sultan Mansur juga pernah
bertanyakan kemusykilan agama kepada Makhdum Mua di Pasai itu
tentang kekal atau tidaknya penghuni syurga dan neraka.
13