Page 8 - Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat
P. 8
bahawa Tun Mutahir akan dapat menjadi orang besar. Bahkan lebih dari
dirinya tetapi kebesaran itu tidak kekal lama.
Bila Tun Tahir dan Tun Mutahir besar, mereka telah meminta emas yang
ditinggalkan oleh ayahnya. Bendahara tidak memberinya. Sebaliknya
mereka diberikan 10 tahil emas untuk dibuat berniaga. Setelah cukup
setahun, kedua mereka itu datang untuk membayar hutang. Ini
membuktikan yang mereka mampu menguruskan harta. Lalu emas itu
dan semua emas yang disimpan diberikan kepada mereka. Tun Tahir
telah dilantik menjadi Bendahari menggantikan bapanya dan bergelar
Seri Nara Diraja, Tun Mutahir dijadikan Temenggung dan bergelar Seri
Maharaja. Tun Abdullah diberi gelaran Seri Nara Wangsa.
AKIBAT TIADA MENYEMBAH KE MELAKA
Pemerintah Kampar yang
bernama Maharaja Jaya tidak
menyembah ke Melaka. Jadi
sultan Mansur pun menitahkan
satu angkatan pergi menyerang
Kampar dengan diketuai oleh
Seri Nara Diraja. Dibantu oleh
8