Page 5 - Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat
P. 5
PERTARUNGAN HANG TUAH – HANG JEBAT
Hang Tuah dengan segera ke
istana bertikam dengan Hang
Jebat. Dua tiga kali kerisnya
terlekat di dinding dan tiang.
Dibenarkan oleh Hang Jebat
untuk dicabut semula. Sekali
keris Hang Jebat terlekat,
terus dia ditikam oleh Hang
Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang Jebat pun meninggal dunia.
Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut.
Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu
tidak mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru
sangat hebat. Mempunyai 17 ruang dengan 40 buah pintu berukir.
Istana itu dinamakan orang “Mahligai Hawa Nafsu”.
Pangkat laksamana dikembalikan semula kepada
laksamana. Dia didudukan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan
dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija Diraja pula
diberikan daerah Sening Ujung.
5