Page 1 - langkahmenanganipencemaran
P. 1

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar
               ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia.

               Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar
               selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.

               Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan
               salah satu kesan yang paling ketara dan serius.

               Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan
               lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya
               kepada masyarakat di jagat raya.

               Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak
               mata, barah kulit dan sebagainya.
               Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana
               yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital.
               Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya
               kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.
               Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan
               mengurangkan penggunaan bahan kimia.
   1   2   3