Page 2 - langkahmenanganipencemaran
P. 2
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan
kebersihan persekitaran.
Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita.
Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?
Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.
Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.
Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana
menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam
air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa
supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan
sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang
dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.
Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula
yang telah disediakan.