Page 3 - langkahmenanganipencemaran
P. 3
Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan
pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil
menyelam minum air”.
Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan
bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu,
negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali
gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah
satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang
berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur
buluh biarlah daripada rebungnya”.
Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang
kebersihan alam sekitar.
Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat
sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan
bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat
tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya
negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar.