Page 10 - A4 E-Book
P. 10

TEKNOLOGI CADD SENIBINA

                                   SIJIL - 27 BULAN TERMASUK LATIHAN INDUSTRI

                                DIPLOMA - 18 BULAN TERMASUK LATIHAN INDUSTRI












                                                    ilpkls



                                     ilpkls





                                                ilpkls










                                           ilpkls














            PENERANGAN KURSUS






                    Modul  kursus  berasaskan  ‘National  Occupational  Skill  Standard’  (NOSS).  Kaedah
            pengajaran  adalah  berpandukan  pembelajaran  teori  dan  amali.  Penilaian  berdasarkan  sistem
            keterampilan.  Keterampilan  pelajar  dinilai  secara  berterusan  sepanjang  tempoh  latihan  dalam
            bidang  berkenaan  mengikut  tahap  yang  telah  ditetapkan.  Pelajar  akan  dinilai  berdasarkan
            keterampilan  dari  aspek  pengetahuan,  kemahiran,  prosedur  keselamatan  dan  kebolehan
            melaksanakan kerja amali. Melalui latihan berasaskan keterampilan pelatih yang berjaya akan
            memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
            (JPK).
                    Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Cadd Senibina pada masa kini bagi
            memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran
            pekerjaan. Bagi kursus ini, Pelajar akan diberikan pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan
            senibina.  Pelajar  akan  didedahkan  kepada  jenis-jenis  garisan  dan  penghurufan  dalam  lukisan
            disamping mengetahui konsep geometri, unjuran ortografik, isometrik dan oblik. Pelajar juga diajar
            tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan. Lukisan Kerja  mendedahkan pelajar
            kepada asas Binaan Kayu Dan Keluli, Perkhidmatan Bangunan Dan Lukisan, Kejuruteraan Awam
            dan Lukisan Struktur Konkrit Bertulang. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan
            dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina sehingga dapat menghasilkan lukisan persembahan
            3D.


      9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15