Page 8 - A4 E-Book
P. 8
TEKNOLOGI KOMPUTER RANGKAIAN
SIJIL - 21 BULAN TERMASUK LATIHAN INDUSTRI
DIPLOMA - 18 BULAN TERMASUK LATIHAN INDUSTRI
ilpkls
ilpkls
ilpkls
ilpkls
PENERANGAN KURSUS
Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS). Kaedah
pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem
keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam
bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. Pelajar akan dinilai berdasarkan
keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, prosedur keselamatan dan kebolehan
melaksanakan kerja amali. Melalui latihan berasaskan keterampilan pelatih yang berjaya akan
memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK).
Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini
bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi
dipasaran pekerjaan. Bagi kursus ini, para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan
kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan
Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan
Rangkaian. Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka
dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan
mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas
Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa
Projek.
7