Page 3 - ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA.
P. 3
• Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau
dibincangkan secara terbuka kerana ia akan
membawa kepada api permusuhan hasil daripada
perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-
isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala
dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada
kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang
bakal membawa kepada insiden konflik atau
pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-
isu sensitif juga melibatkan perlakuan
memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum
lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk
juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan
isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan,
penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan
sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan
1948).