Page 5 - ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA.
P. 5
SISTEM PENDIDIKAN YANG TERASING
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah,
pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu,
pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil.
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang
memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan
pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama
sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara
Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar
dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu
kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan
memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak
pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu
juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak.
Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak
akan berada dalam keadaan yang aman.