Page 10 - Superheroes Zakat
P. 10

SUPERHEROESZAKAT
                                                      Himpunan Pengalaman Sebenar Pembayar Zakat



              1 } HANYA SATU PER EMPAT PULUH
                    Hafizul Amir bin Zainal Abidin Chen












                 Ada pula seorang pembayar zakat ni,  bukan biasa-biasa.  Nampak saja
              biasa tapi tidak. Jumlah bayaran zakatnya melebihi daripada jumlah yang
              aku sendiri perlu bayar.


                 Katanya jiwanya rasa tidak tenang selagi zakat tidak dibayar. Sekiranya
              terlewat sedikit daripada biasa, mulalah dia rasa risau tidak tentu arah.


                 Dia turut berkongsi  nasihat denganku,  "Kita ni,  kalau  nak  buat umrah,
              pastikan zakat telah selesai kita lunaskan. Kalau kita buat tak endah saja,
              nanti rasa jiwa tak tenang. Semacam ada sesuatu yang kurang, ada sesuatu
              yang perlu diselesaikan."


                 Aku  mengangguk  tanda  setuju.  Dia  menyambung  bicaranya,  "Hutang
              dengan Allah SWT jangan dibuat main.  Lebih-lebih lagi soal zakat.  Dalam
              rezeki kita tu ada hak asnaf."

                 Menurutnya, risau jika nanti Allah SWT tarik nikmat rezeki yang diberikan,
              lalu kepada siapakah kita hendak mengadu? Sedangkan hanya Allah SWT
              sajalah sebaik-baik tempat mengadu.


                 Yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan bahawa rezeki kita ini adalah
              kurniaan Allah  SWT,  oleh itu berzakatlah supaya lebih berkat rezeki yang
              diberikan-Nya kepada kita.

                 Demikianlah katanya dan masih aku ingat hingga kini.



                                                                             )1
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15