Page 12 - Superheroes Zakat
P. 12

SUPERHEROESZAKAT
                                                      Himpunan Pengalaman Sebenar Pembayar Zakat



              2 } HARTA SENTIASA TERJAMIN KESELAMATANNYA
                      Muhammad Fakhrurrazy bin Md. Ariff












                 Pada suatu hari,  ketika itu waktu pejabat sudah hampir tamat, muncul
              seorang  lelaki  dan  dia  melihat  sekeliling  seolah-olah  baru  pertama  kali
              berkunjung ke PPZ-MAIWP.  Katanya mahu membayar zakat pendapatan.
              Aku mempersilakannya duduk.

                 Sambil menunggu kadar zakat pendapatannya dikira, dia bermurah hati
              menceritakan pengalamannya sehingga membawa dia mengunjungi PPZ­
              MAIWP.


                 Encik  Syafie berkelulusan ijazah sarjana muda.  Dia menjawat jawatan
              sebagai kakitangan profesional di sektor swasta. Dia berusia 34 tahun dengan
              pendapatan yang agak baik, adakalanya mencecah ke  RM6,000 sebulan.
              Dengan  itu,  dapatlah  dia  meneruskan  hobinya  yang  suka  mengembara,
              selain daripada membaca.

                 "Wah, kedua-dua hobi Encik Syafie tu nampaknya memerlukan pelaburan
              wang." Aku mencelah dalam kerancakan dia bercerita.

                 Dia menjawab, ''Betul, kalau dah minat, saya sanggup ketepikan sejumlah
              wang dan sanggup meluangkan masa untuk hobi saya ni."

                 Tambahnya,  dengan  membaca  kita  akan  dibawa  ke  sana  ke  s1rn
              melalui buku. Melalui pembacaan dan penghayatan, seolah-olah kita turut
              mengembara  bersama-sama  watak  di  dalam  buku  itu.  Mungkin  ini  salah
              satu pemangkin yang buatkan dia suka mengembara, katanya lagi.



                                                                             )3
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17