Page 63 - Kit Ramadan & Syawal
P. 63

Kit    Ramadan dan Syawal
                                                                               Kit Ramadan dan Syawal



         2  Syarat Wajib Zakat Fitrah

            Berikut merupakan individu yang memenuhi syarat wajib untuk menunaikan zakat fitrah:

            1.                         Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya daripada keperluan diri dan tanggungannya pada
                malam dan pagi hari raya.

            2.  Anak yang lahir sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadan dan hidup setelahnya.

            3.  Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadan dan berkekalan keislamannya.
            4.        Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

         3  Waktu Pembayaran Zakat Fitrah

            Mazhab Syafie telah mengkategorikan waktu-waktu penunaian zakat fitrah:

            1.                         Waktu Wajib: Setelah terbenam matahari bulan Ramadan sehingga terbit fajar bulan Syawal.
            2.  Waktu Sunat: Setelah terbit fajar 1 Syawal sehingga sebelum solat sunat hari raya didirikan.

            3.  Waktu Harus: Sepanjang bulan Ramadan.
            4.  Waktu Makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal (tanpa sebarang keuzuran).
            5.         Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal (tanpa sebarang keuzuran).

            Untuk mengambil jalan selamat, memadailah untuk kita berpegang dengan pandangan majoriti ulama yang
            menganjurkan agar ditunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya didirikan.
                                                                                                             61
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68