Page 64 - Kit Ramadan & Syawal
P. 64

Kit   Ramadan dan Syawal
         Kit
                Ramadan dan Syawal





         4  Kadar Zakat Fitrah
            Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia
            adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut
            timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
            Menjelang Ramadan, jawatankuasa fatwa setiap negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut jenis dan
            gred beras yang dimakan oleh penduduk setempat. Sebagai contoh, zakat fitrah di Wilayah Persekutuan ditetapkan pada
            kadar minima RM7.00, manakala bagi yang berkemampuan boleh membayarnya secara gandaan mengikut gred beras
            yang dimakan iaitu pada kadar RM14.00 dan RM21.00.




         5  Pembayaran Zakat Fitrah Secara Dalam Talian (Online)

            Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan berkenaan keharusan
            pembayaran zakat secara dalam talian. Hal ini kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran
            akad secara bertulis yang dipersetujui oleh ulama tentang keabsahannya.









         62
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69