Page 170 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 170
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 9:
KEPENTINGAN SIFAT-SIFAT TERPUJI (MAHMUDAH)
BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN PEMBAYAR
ZAKAT DALAM KALANGAN USAHAWAN SOSIAL DI
MALAYSIA
MOHD ADIB ABD MUIN
Universiti Utara Malaysia.
Emel: mohdadib@uum.edu.my
MOHD SOLLEHUDIN SHUIB
Universiti Utara Malaysia.
Emel: sollehudin@uum.edu.my
AZIZAH CHE OMAR
Universiti Utara Malaysia.
Emel: co.azizah@uum.edu.my
MOHD FAISAL MUSTAFFA
Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah
Emel: faisal@zakatkedah.com.my
MOHD SURAIDI SAAD
Lembaga Zakat Negeri Kedah
Emel: suraidi@zakatkedah.com.my
ABSTRAK
Sifat-sifat terpuji (mahmudah) merupakan sifat yang perlu ada
dalam diri setiap manusia kerana sifat-sifat terpuji (mahmudah) ini
mendorong seseorang usahawan sosial untuk melakukan amal
ibadat dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan
menghayati sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang dirangka oleh Imam
al-Ghazali ini maka usahawan sosial akan timbul satu kesedaran
dalam diri tentang akhlak yang baik berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah dan dilakukan secara berterusan (istiqomah) sehingga
menjadi satu tabiat dan dapat menghindarkan diri daripada sifat-sifat
terkeji (mazmumah) dalam setiap aktiviti kehidupan yang dilakukan
terutama dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Objektif
kajian ini adalah melihat kepentingan sifat-sifat terpuji (mahmudah)
162
163
163