Page 171 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 171

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            bagi meningkatkan kesedaran pembayar zakat dikalangan usahawan
            sosial  di  Malaysia.  Kaedah  penyelidikan  yang  digunakan  adalah
            bersifat kualitatif iaitu pendekatan kajian perpustakaan dan kajian
            lapangan  dengan  membuat  temu  bual  ke  atas  sembilan  orang
            informan yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan
            di  Malaysia.  Data  akan  diolah  dan  dianalisis  berdasarkan
            pendekatan analisis kandungan yang sesuai dengan skop dan tema
            kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua sifat-sifat terpuji
            (mahmudah) iaitu taubat, takut kepada Allah SWT, zuhud, sabar,
            syukur, ikhlas, tawakal, kasih sayang, redha dan mengingati mati
            dapat  meningkatkan  kesedaran  usahawan  sosial  untuk  membayar
            zakat setiap tahun tanpa gagal di masa hadapan.

            Kata  kunci:  Kepentingan,  Sifat-Sifat  Terpuji  (Mahmudah),
            Kesedaran, Zakat, Usahawan Sosial

            PENGENALAN
            Islam  adalah  satu  agama  yang  menyeluruh  dan  lengkap  dari
            pelbagai  sudut  kehidupan  manusia.  Selain  akidah  dan  syariah,
            akhlak merupakan komponen penting dalam membentuk peribadi
            seseorang Muslim yang sejati. Dalam konteks akhlak, biasanya akan
            merujuk  akhlak  baginda  Nabi  Muhammad  SAW  kerana  akhlak
            baginda seperti al-Quran dan yang terbaik untuk diikuti. Jika dilihat
            sifat yang wajib ada pada nabi dan rasul adalah seperti sifat berkata
            benar  (siddiq),  amanah,  menyampaikan  (tabligh)  dan  bijaksana
            (fatonah).  Manakala  sifat  yang  mustahil  ada  pada  nabi  dan  rasul
            adalah  dusta  (kadzib),  khianat,  menyembunyikan  (kitman)  dan
            bodoh (jahil). Jika kesemua sifat ini dihayati dan diamalkan dalam
            hidup usahawan maka sudah tentu akan membuahkan akhlak yang
            terpuji.
               Akhlak merupakan kata jamak dari al-Khuluq yang digunakan
            untuk mengistilahkan sebuah karakter dan tabiat dasar penciptaan
            manusia (Mohd Puzhi Usop, 2014). Kata ini terdiri atas huruf kha-
            la-qa  yang  biasa  digunakan  untuk  menghargai  sesuatu.  Firman
            Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud:





                                                                          163
                                           164
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176