Page 180 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 180
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-
pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami
ketika mereka bersabar.” (Surah As-Sajdah: 24)
“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
sabar.” (Surah An-Nahl: 96)
vi. Syukur (pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran) –
Syukur bermaksud mengaku dan memuji Allah SWT atas
nikmat yang diberikan dan menggunakan segala nikmat itu
untuk berbuat taat kepada Allah SWT. Tiap-tiap nikmat yang
diberi oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya adalah dengan
limpah kurnia-Nya semata-mata, seperti nikmat kesihatan,
kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Usahawan sosial
hendaklah sentiasa bersyukur dengan kejayaan yang dicapai.
Malah dituntut berkongsikan hasil kejayaan tersebut dengan
masyarakat lain untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan
Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat
(pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah Al-
Baqarah, 2: 152)
“Dan Allah SWT akan memberi balasan kepada orang yang
bersyukur. (Surah Ali-Imran, 3:144)
vii. Tawakal (Berserah diri kepada Allah SWT) – Tawakal ialah
menetapkan hati dan berserah kepada Allah SWT pada segala
perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada iktiqad bahawa
Allah SWT yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap
sesuatu. Tidak berpaling hati itu kepada yang lain daripada Allah
SWT walau apa pun yang berlaku. Usahawan sosial juga
hendaklah bertawakal selalu kepada Allah SWT kerana Allah
SWT jualah tempat bergantung dalam setiap kehidupan di dunia
172
173