Page 185 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 185
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
“Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan
kamu, sungguh pun kamu berada di dalam benteng yang
tinggi dan kukuh. Jika mereka memperolehi kebaikan,
mereka mengatakan: “Ini dari sisi Allah SWT dan jika
mereka ditimpa sesuatu keburukan mereka mengatakan:
“Ini (berpunca) daripada engkau (Muhammad).”
Katakanlah: “Semuanya (datang) daripada Allah SWT.”
Maka mengapa orang itu (orang munafik) hampir-hampir
tidak memahami pembicaraan (sedikit pun)?” (Surah An-
Nisa`, 4:78)
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan
menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai
cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada
Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah Al-Anbiya`, 21:35)
Berdasarkan kepada kerangka Islam yang merangkumi akidah,
syariah dan akhlak dalam keusahawanan sosial ini mampu
memberikan nilai yang positif dalam diri usahawan sosial seperti
mempunyai sifat-sifat yang ada pada Nabi dan Rasul seperti
amanah, siddiq, tabligh dan fatonah serta sifat-sifat terpuji
(mahmudah) bagi mengatasi sifat-sifat tercela (mazmumah). Hal ini
bukan sahaja dapat mencapai objektif konsep al-Falah (berjaya di
dunia dan akhirat) semata-mata, malah dapat meningkatkan
kesedaran usahawan sosial untuk menghayati konsep amar maa’ruf
wa nahi munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran) bagi mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah
SWT di dunia dan akhirat. Berikut adalah ringkasan sifat-sifat
terpuji (mahmudah) yang akan menjauhkan dari sifat-sifat terkeji
(mazmumah) dalam Rajah 1.
177
178