Page 189 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 189

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               “Adapun     dalil   kewajipan     zakat,   sesiapa   yang
               mengingkarinya adalah kafir.” (Lihat Fath al-Bari, 3/262)

               Berdasarkan kepada ayat al-Qur’an dan hadis Nabi SAW di atas,
            dapatlah  difahami  bahawa  ibadah  zakat  ini  adalah  wajib
            dilaksanakan bagi orang yang cukup syarat dan memenuhi segala
            keperluan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana falsafah zakat ialah
            kewajipan harta yang diambil daripada orang kaya untuk diberikan
            kepada  orang-orang  miskin.  Ia  dikutip  oleh  penguasa  atau
            pemerintah melalui petugas yang mendapat tauliah untuk mengutip,
            mengurus dan mengagihkan kepada golongan asnaf. Menurut Yusof
            al-Qaradawi  (2010)  terdapat  tiga  faktor  untuk  mengawal
            perlaksanaan zakat iaitu:

            i.  Pertama:  Kawalan  iman  dan  Nurani  individu  Muslim  yang
               mendorongnya  untuk  menunaikan  zakat  demi  memperolehi
               keredhaan Allah SWT dan demi mengharapkan pahala-Nya dan
               terhindar daripada seksaan-Nya.
            ii.  Kedua: Kawalan Nurani sosial berupa masyarakat Islam yang
               ditugaskan  untuk  melaksanakan  konsep  Amar  ma’ruf  nahi
               munkar dan saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
            iii. Ketiga:  Kawalan  daripada  pemerintah  Islam  yang  mendapat
               amanah untuk mengambil zakat secara paksa daripada orang-
               orang yang tidak mahu memberikannya secara suka rela.

               Kawalan untuk memastikan kewajipan membayar zakat di atas
            adalah perlu bagi memastikan kestabilan ekonomi umat Islam agar
            harta  orang  kaya  mengalir  kepada  orang  miskin  dan  ia  juga
            menjamin  proses  ekonomi  yang  sihat.  Jika  dilihat  pemerintahan
            khalifah  pertama  Saidina  Abu  Bakar  as-Siddiq  yang  telah
            memerangi orang-orang yang tidak membayar zakat, sebagaimana
            beliau juga memerangi orang-orang yang mengaku Nabi dan orang
            yang  keluar  daripada  agama  Allah  SWT  sebagai  murtad.  Beliau
            mengarahkan  11  pasukan  tentera  untuk  menumpaskan  mereka
            secara  terang-terangan  dan  habis-habisan  agar  mereka  mematuhi
            arahan kewajipan zakat. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa




                                                                          181
                                           182
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194