Page 193 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 193

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

             6.  Syukur                     9         /  /  /  /  /  /  /  /
             7.  Tawakal                    8         /  /  /  /  /  /  /  /
             8.  Berkasih-sayang            8         /  /  /  /  /  /  /  /
             9.  Redha                      7         /  /  /  /  /  /  /  /
             10. Mengingati mati            8         /  /  /  /  /  /  /
            Nota:  Kekerapan  adalah  jawapan  balas  yang  paling  kerap
            dinyatakan  oleh  informan  terhadap  soalan  berkenaan  sifat-sifat
            terpuji (mahmudah).
              Rajah 2: Pandangan Informan Terhadap Peri Pentingnya Sifat-
               Sifat Terpuji (mahmudah) dalam Aktiviti Keusahawanan dan
                                       Perniagaan.

               Berdasarkan kepada Rajah 2 di atas, jelas menunjukkan bahawa
            kesemua  informan  bersetuju  tentang  semua  sifat-sifat  terpuji
            (mahmudah)  yang  dinyatakan  sangat  penting  untuk  difahamai,
            dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah
            kerana  sifat-sifat  terpuji  ini  memberikan  kesedaran  kepada
            usahawan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika dilihat
            kekerapan yang paling tinggi adalah sifat syukur (9), mengingati
            mati (8), berkasih-sayang (7), ikhlas (8), takutkan Allah (7), sabar
            (8), tawakal (7), redha (7) taubat (7) dan zuhud (6).
            Sifat  syukur  ini  menjadi  sifat  terpuji  yang  paling  tinggi  dalam
            kalangan usahawan kerana mereka yakin dan percaya bahawa setiap
            perkara yang disyukuri akan ditambah lagi nikmat dan rezeki. Selain
            sifat  syukur,  sifat  mengingati  mati  juga  merupakan  sifat  yang
            menjadi  kedua  tertinggi  yang  paling  kerap  dinyatakan  oleh
            informan. Hal ini mungkin disebabkan mereka tahu bahawa harta
            yang ada di dunia tidak akan dibawa ke dalam kubur. Harta hanya
            berguna semasa hidup dan dimanfaatkan kepada masyarakat apabila
            sudah  tiada.  Begitu  juga  dengan  sifat  berkasih-sayang,  di  mana
            semua usahawan berpendapat harta kekayaan tidak mendatangkan
            kebahagiaan  dan  kasih-sayang  yang  baik  jika  tidak  diuruskan
            dengan betul. Maka harta yang digunakan untuk dibelanjakan ke
            jalan Allah SWT sahaja yang dapat memberikan pulangan pahala
            dan ganjaran akhirat yang kekal abadi. Sifat ikhlas, zuhud takutkan
            Allah  SWT,  sabar,  tawakal,  redha  dan  taubat  menjadi  pelengkap




                                                                          185
                                           186
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198