Page 197 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 197
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
zakat dan pihak berwajib agar golongan asnaf
terbela.
- Saya melihat sifat-sifat terpuji ini memberikan satu
kesedaran yang tinggi kepada usahawan dan peniaga
Islam. Kesannya kepada orang fakir dan miskin. Jika
dilihat sifat syukur dan zikrul maut terutamanya akan
membuatkan kita lebih insaf dan berusaha untuk
kembali kepada Allah SWT. Oleh itu, saya
menyokong penuh dan sangat bersetuju jika kajian ini
Informan 6
dilaksanakan untuk melihat peningkatan kesedaran
pembayar zakat dalam kalangan peniaga dan
usahawan Islam.
- Cadangan saya jika institusi zakat dan kerajaan
negeri bekerjasama untuk tingkatkan kesedaran
pembayar zakat ini maka usaha ini sangat baik dan
perlu dilaksanakan.
- Saya setuju terutamanya sifat syukur, sabar, taubat,
kasih-sayang, mengingati mati dan redha. Kesemua
yang saya nyatakan ini memang saya amalkan kerana
ia beri kesan dalam kehidupan dan perniagaan saya.
Saya berpendapat jika keuntungan yang saya terima
ini saya kongsikan dengan orang yang memerlukan
maka Allah akan lipatgandakan lagi rezeki saya.
Informan 7
- Cadangan saya usahawan dan peniaga Islam di luar
sana hendaklah bayar zakat, jangan culas. Bila kita
bayar zakat, kita akan dapat rebat cukai. Bukan itu
sahaja, kita juga dapat bantu orang fakir dan
miskin..ini menjadi saham akhirat kita di sana nanti.
Jadi saya sarankan bayarlah zakat..tidak rugi
pun..malah rezeki akan bertambah.
- Saya melihat sifat-sifat terpuji (mahmudah) ini
adalah sifat yang membentuk peribadi seseorang
yang mulia. Saya bersetuju dengan kesemua sifat-
Informan 8 sifat ini. Ulamak dah fikirkan yang terbaik untuk kita
ikut. Panduan ini akan menjadikan kita sentiasa
bersyukur dengan kehidupan di dunia ini. Jika dilihat
189
190