Page 194 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 194
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
untuk muhasabah diri ke arah yang lebih baik lagi. Para informan
juga menyatakan kesemua sifat-sifat ini boleh mendekatkan diri
kepada Allah SWT jika dihayati dengan lebih mendalam.
ii. Meningkatkan Kesedaran untuk Membayar Zakat
Jadual 2: Dapatan Temu Bual tentang Pandangan dan Cadangan
daripada Informan
Informan Pandangan dan Cadangan
- Saya bersetuju bahawa kajian ini sangat signifikan
tentang pentingnya sifat-sifat terpuji (mahmudah)
dalam diri peniaga untuk membayar zakat. Bila kita
bayar zakat, perniagaan kita akan dirahmati oleh
Allah SWT. Malah hidup akan lebih berkat bila kita
sumbangkan 2.5% dari keuntungan untuk zakat.
Sebab zakat ini untuk golongan fakir dan miskin. Jadi
memang kita peniaga muslim kena bantu. Saya juga
nampak ini satu inisiatif yang boleh dilakukan untuk
tonjolkan ekonomi umat Islam ke tahap yang lebih
tinggi. Sifat-sifat terpuji seperti syukur, takutkan
Allah, redha, sabar, kasih-sayang dan ingat mati ini
Informan 1 membuatkan saya insaf dan sedar bahawa dalam
rezeki yang kita ada ini ada juga rezeki orang lain
(asnaf). Tidak banyak. Hanya 2.5% sahaja. Saya
sangat bersetuju dan menyokong usaha kajian ini
agar usahawan muslim di luar sana dapat motivasi
dan semangat untuk tunaikan zakat di masa akan
datang.
- Cadangan saya agar kajian seperti ini perlu
dilakukan dan dihebahkan kepada pihak-pihak
tertentu agar Berjaya mencapai objektif yang ingin
dilaksanakan. Saya juga berharap dapatan kajian ini
dikongsikan dengan saya supaya menjadi motivasi
buat saya untuk menyokong usaha baik ini.
- Saya amat bersetuju dengan tajuk kajian ini iaitu
Informan 2
kepentingan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam
186
187