Page 199 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 199
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
dilipatgandakan lagi rezeki. Malah ia menjadi asbab untuk dijadikan
sebagai sedekah jariah untuk bekalan di akirat kelak. Selain itu,
sifat-sifat terpuji yang lain kerap disebut dan memberikan satu usaha
kepada usahawan untuk bermuhasabah dengan membetulkan
semula niat mencari rezeki kerana Allah SWT semata-mata, bukan
untuk mencari keuntungan duniawi yang tidak berkesudahan. Oleh
itu, melalui cadangan yang dinyatakan oleh kesemua informan
diharapkan kajian ini membuka mata para usahawan di luar sana
yang masih lagi belum melaksanakan bayaran zakat agar segera
lunaskan zakat dan berusaha dan berazam untuk melakukan ibadah
zakat secara istiqomah di masa hadapan.
KESIMPULAN
Secara kesimpulan, kajian berkenaan kepentingan sifat-sifat terpuji
(mahmudah) bagi meningkatkan kesedaran pembayar zakat dalam
kalangan usahawan sosial di Malaysia ini adalah sangat signifikan.
Hal ini kerana, sifat-sifat terpuji ini memberikan kesedaran kepada
para usahawan dan peniaga Muslim untuk membayar zakat
terutamanya sifat syukur, sabar, redha, kasih-sayang, mengingati
mati dan takutkan Allah SWT. Ibadah zakat bukan sahaja menjadi
salah satu rukun Islam yang lima bahkan ia menjadi nadi untuk
menstabilkan ekonomi umat Islam dengan mengalirkan harta orang
kaya kepada orang miskin. Antara perkara yang boleh
meningkatkan kesedaran pembayar zakat ini selain usaha kempen
kesedaran di semua lapisan masyarakat, di institusi pendidikan, di
organisasi dan di peringkat media sosial. Malah kuatkuasa undang-
undang juga boleh dilaksanakan untuk bantu tingkatkan kesedaran
pembayar zakat di Malaysia. Pembayar zakat perlu menghayati
tujuan zakat itu dilaksanakan, bukan sahaja menjadi alat untuk
stabilkan ekonomi semata-mata, malah jika dilihat dari sudut yang
lebih luas ia dapat menjadikan jiwa seseorang itu aman dan tenang
kerana harta yang dimiliki telah dibersihkan melalui zakat. Semoga
institusi zakat di Malaysia ini diperkasakan tadbir urusnya,
pembayar zakat dirahmati oleh Allah SWT dan golongan asnaf
sentiasa dibela dengan sebaiknya.
191
192