Page 198 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 198
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
tentang objektif zakat, ia bertujuan untuk membantu
golongan asnaf yang lapan. Terutama fakir dan
miskin. Falsafah zakat itu adalah mengalirkan
kekayaan yang dimiliki oleh orang kaya kepada
orang miskin. Jadi saya fikir jika semua usahawan
dan peniaga di luar sana yang menitikberatkan
keadaan di akhirat maka seharusnya mereka sedar
dan berusaha untuk membayar zakat.
- Cadangan saya agar suatu hari nanti ramai peniaga
membayar zakat. Ini satu kewajipan dan tuntutan
dalam Islam. Bayarlah zakat untuk dapatkan
keberkatan Allah di dunia dan akhirat.
- Saya menyokong penuh dan bersetuju dengan
kesemua sifat-sifat terpuji ini terutamanya sifat
sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, berkasih-
sayang dan ingat mati. Kesemua sifat ini jika
difahami secara mendalam akan menghasilkan
kesedaran yang tinggi untuk melakukan perkara yang
baik dalam hidup. Terutama sebagai seorang
usahawan, kita kena pastikan tanggungjawab kita
Informan 9
mengeluarkan zakat. Hanya bayar 2.5% sahaja..dan
bayaran ini untuk golongan asnaf. Maka saya positif
jika kita bayar zakat, hidup akan lebih berkat dan
Allah akan beri ganjaran yang lebih banyak dan tidak
dijangka.
- Cadangan saya kalau institusi zakat dapat berikan
rebat buat semua pembayar zakat mungkin boleh
tingkatkan kesedaran untuk membayar zakat.
Hasil dapatan temu bual di atas, dapat dirumuskan bahawa sifat-
sifat terpuji (mahmudah) ini memang dapat memberikan kesedaran
buat usahawan untuk membayar zakat. Hal ini disebabkan harta
yang dimiliki bukan sepenuhnya hak mereka kerana terdapat juga
hak orang lain sebanyak 2.5%. Melalui sifat syukur dan mengingati
mati, para usahawan merasakan bahawa semakin banyak harta yang
dikeluarkan ke jalan Allah SWT melalui zakat maka akan
190
191