Page 195 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 195
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
meningkatkan kesedaran pembayar zakat dalam
kalangan usahawan di Malaysia. Hal ini kerana,
masih ramai lagi usahawan di luar sana yang tidak
membayar zakat. Jika penyelidik boleh sebarkan
kesedaran ini melalui sifat-sifat terpuji seperti
syukur, mengingati mati, redha, sabar dan kasih-
sayang…insya-Allah. Saya fikir kesedaran itu akan
meningkat.
- Cadangan saya tentang pelaksanaan untuk
meningkatkan kesedaran pembayar zakat ini melalui
inisiatif institusi zakat itu sendiri dengan banyakkan
kempen kesedaran zakat, berikan rebat tunai ataupun
cash rebate kepada usahawan yang membayar zakat
dan juga keluarkan sijil untuk sahabat zakat.
- Pandangan saya tentang kesedaran pembayar zakat
ini perlu dan ini menjadi satu kewajipan bagi setiap
Muslim untuk memastikan zakat itu dilaksanakan.
Jika usahawan itu berniaga dan memperoleh untung
yang sangat besar maka keluarkanlah zakat. Zakat
itu tujuannya adalah menyucikan harta, jiwa dan
Informan 3
kehidupan. Lagi banyak kita keluarkan zakat maka
Allah SWT akan limpahkan rezeki yang tidak
disangka-sangka.
- Cadangan saya agar kajian ini perlu diteruskan dan
harapan saya agar institusi zakat di Malaysia ini
diperkasakan dari tadbir urus, kutipan dan agihan.
- Pandangan saya tentang sifat-sifat terpuji dalam
meningkatkan kesedaran pembayar zakat ini adalah
bagus. Perlu dilaksanakan kerana ia memberi sedikit
kesedaran kepada saya tentang sifat-sifat orang
Islam yang inginkan kehidupan yang harmoni,
Informan 4
berakhlak mulia dan prihatin terhadap masyarakat.
Saya sendiri melihat beberapa sifat ini sangat
terkesan dalam hati saya terutama sifat sabar, redha,
kasih-sayang, syukur dan mengingati mati. Memang
benar jika kita ada sifat terpuji ini maka objektif kita
187
188