Page 204 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 204
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 10:
PELAPORAN KEWANGAN INSTITUSI ZAKAT DI
MALAYSIA: SATU CADANGAN KERANGKA KERJA
SYARIAH
HAIRUNNIZAM WAHID
MOHD FAIRUZ MD SALLEH
NORIDA BASNAN
AZLINA AHMAD
AZIZAH MOHD HARUN
AINOL BASIRAH ABDUL WAHAB
Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Isu agihan zakat sentiasa menjadi topik perbincangan yang utama
dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Pihak institusi zakat
pula telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengagihkan zakat
mengikut panduan dan kaedah agihan yang telah digariskan.
Bilangan asnaf zakat pula sentiasa meningkat dari tahun ke tahun
disebabkan oleh pelbagai faktor seperti takrifan asnaf yang semakin
meluas, penentuan had kifayah yang semakin meningkat seiring
dengan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi dan sebagainya.
Ini menjadikan pengurusan zakat oleh institusi zakat semakin
mencabar dalam memenuhi keperluan asnaf yang semakin tinggi.
Kajian ini berpandangan cabaran institusi zakat bukan sahaja
menguruskan agihan zakat kepada asnaf pada masa kini, malah
berkemungkinan kewujudan asnaf yang baru di masa akan datang
yang memerlukan kepada perancangan kewangan zakat yang jitu.
Ini memerlukan kepada penyediaan satu penyata kewangan yang
sistematik, memenuhi piawaian perakaunan semasa serta mematuhi
keperluan syariah. Justeru kajian ini akan mencadangkan satu
bentuk pelaporan kewangan zakat yang dapat memenuhi ciri-ciri di
atas untuk memastikan agihan zakat ini bukan sahaja dapat menepati
keperluan asnaf pada masa kini, malah ia juga dapat menepati
perancangan agihan zakat kepada asnaf di masa akan datang.
Beberapa elemen perakaunan seperti aset, liabiliti, hasil belanja dan
196
197
197