Page 207 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 207

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            berkaitan dengan agihan zakat. Contohnya dalam aspek maklumat
            agihan zakat, kajian mendapati 32 peratus responden yang dikaji
            berpendapat    maklumat    agihan    zakat   tidak   menyeluruh
            (Hairunnizam  et.  al,  2009).  Antara  cadangan  yang  dikemukakan
            daripada kajian tersebut ialah pengurusan zakat pada masa kini perlu
            memahami konsep pengurusan sesebuah institusi termasuklah aspek
            merancang, mengorganisasi, menyelaras dan membuat keputusan.
            Justeru,  pengurusan  zakat  perlulah  dilakukan  secara  profesional
            agar ia dapat meningkatkan imej institusi zakat itu sendiri, dapat
            meningkatkan  keyakinan  pembayar  zakat  dan  dalam  masa  yang
            sama  menyampaikan  mesej  dakwah  kepada  mereka  yang  masih
            belum lagi menunaikan zakat harta. Kajian ini berpandangan dalam
            mengurus sesebuah organisasi secara cekap dan efisien, maklumat
            berkaitan zakat adalah amat penting. Salah satu daripada maklumat
            tersebut adalah laporan kewangan zakat. Dengan maklumat ini akan
            memudahkan  pihak  institusi  zakat  untuk  menyelaras  dan
            mengagihkan zakat kepada asnaf bukan sahaja kepada asnaf semasa,
            malah  kepada  asnaf  di  masa  akan  datang  disamping  dapat
            meningkatkan     tahap   keyakinan    pemegang      taruh   yang
            berkepentingan  dengan  segala  urusan  zakat.  Dalam  aspek
            perbincangan berkenaan asnaf zakat, kajian ini mendapati jumlah
            asnaf zakat sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Ini disebabkan
            oleh  banyak  faktor  antaranya  kadar  had  kifayah  yang  sentiasa
            meningkat  dari  tahun  ke  tahun  disebabkan  peningkatan  kos  sara
            hidup,  faktor  ketidaktentuan  ekonomi  negara  serta  takrifan  asnaf
            yang semakin luas dan dinamik yang memungkinkan jumlah asnaf
            di masa akan datang akan terus meningkat. Justeru tuntutan kepada
            satu  penyata  kewangan  zakat  yang  komprehensif  yang
            menggambarkan  akauntabiliti  oleh  pihak  institusi  zakat  amat
            diperlukan bagi tujuan perancangan kewangan zakat semasa dan di
            masa akan datang yang lebih baik bagi memastikan tiada asnaf zakat
            yang ‘tercicir’ daripada jangkauan institusi zakat.
               Secara  spesifiknya,  tatacara  perakaunan  dan  pelaporan
            kewangan  termasuk  pelaporan  kutipan  dan  agihan  zakat  yang
            sistematik  dan  telus  amat  diperlukan  bagi  membolehkan  institusi
            zakat  menzahirkan  akauntabilitinya  kepada  pihak  berkepentingan




                                                                          199
                                           200
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212