Page 211 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 211
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
MAIN adalah merujuk kepada piawaian perakaunan konvensional
yang penggubalannya tidak mengambil kira elemen syariah. Kajian
ini mencadangkan agar amalan perakaunan di MAIN merujuk
kepada piawaian perakaunan yang selari dengan kehendak syariah
yang mana aset yang dibiayai oleh dana zakat perlu diiktiraf, diukur
dan didedahkan dalam penyata kewangan MAIN sebagai aset
amanah yang pemilikkannya daripada sudut fiqh adalah tidak
sempurna. Persoalan berkenaan pengiktirafan aset zakat juga akan
memberi implikasi yang signifikan terhadap elemen perakaunan
yang lain seperti hasil, belanja, liabiliti dan ekuiti yang melibatkan
dana zakat seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan MAIN
setiap tahun (Hairunnizam et al, 2018).
Pendedahan maklumat kutipan dan pengagihan zakat yang
lengkap dan telus adalah perlu untuk mengurangkan tahap
ketidakpuasan hati dalam kalangan pembayar zakat terhadap
pendedahan pelaporan dan maklumat kewangan dan bukan
kewangan oleh institusi zakat. Ini diakui sendiri oleh seorang pakar
3
yang ditemu bual yang berpandangan,
“…persepsi masyarakat kita macam mana pun persepsi
masyarakat ini perlu diberi keutamaan kerana kita
menerima amanah dari masyarakat. kalau masyarakat tak
percaya dia tak akan bayar zakat kepada kita… Tapi
kadang-kadang mungkin ada persepsi yang negatif dan
sebagainya. Itu kena tanggungjawab majlislah untuk beri
pencerahan…”
Justeru artikel ini akan membincangkan asas perbahasan
persoalan tersebut dan mencadangkan satu kerangka kerja syariah
pelaporan kewangan institusi zakat serta implikasinya terhadap
pengurusan agihan zakat semasa.
3 Pakar: Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya Haji Ahmad – Mufti Negeri Johor.
Ditemu bual pada 1 April 2018. Tempat: Majlis Agama Islam Johor
203
204