Page 216 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 216

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Berdasarkan temu bual, didapati amalan institusi MAIN hanya
            merekodkan aset tersebut di dalam buku atau fail daftar aset sahaja.
            Ini selari dengan laporan tersebut yang juga mendapati, mengikut
            amalan  semasa,  kesemua  aset  ini  tidak  diiktiraf  tetapi  hanya
            direkodkan  dalam  ‘daftar  aset’.  Ini  menunjukkan  pengolahan
            perakaunan  bagi  aset  zakat  tidak  selari  dengan  pengolahan
            perakaunan  aset  bukan  semasa  baitulmal  yang  lain  menurut
            piawaian  perakaunan  yang  diguna  pakai.  Antara  sebab  utama
            mengapa  aset  dana  zakat  ini  tidak  diiktiraf  kerana  fatwa  yang
            dikeluarkan  bagi  kebanyakan  MAIN  yang  dikaji  adalah  tidak
            membenarkan  dana  zakat  digunakan  bagi  tujuan  perolehan  aset.
            Walau  bagaimanapun,  fatwa  berkaitan  tidak  didedahkan  dalam
            laporan  kewangan  yang  terlibat  sedangkan  maklumat  tersebut
            adalah  penting  bagi  membantu  pihak  berkepentingan  memahami
            asas kepada tindakan institusi MAIN berkenaan.
               Rentetan  daripada  pengkelasan  aset  amanah  dan  aset  bukan
            amanah yang dijelaskan sebelum ini, ia akan memberi satu implikasi
            yang hampir sama terhadap elemen hasil dan belanja serta liabiliti
            dan  ekuiti.  Kajian  ini  mendapati  asas  utama  perbahasan  syariah
            berkaitan hasil dan belanja serta liabiliti dan ekuiti dalam laporan ini
            sebenarnya telah dicetuskan oleh dua isu fiqh yang utama iaitu; (1)
            perbincangan berkaitan konsep pemilikan (tamlik) ‘ain dan manfaat
            yang berkait dengan agihan dana zakat kepada penerima manfaat
            yang ditentukan oleh syarak. (2) kaedah dan bentuk agihan dana
            zakat kepada penerima manfaat sama ada dalam bentuk konsumtif
            atau  bentuk  produktif  (Al-Kasani,  1986;  Al-Nawawi,  1996;
            Qardawi, 2000; Sulaiman al-Ashqar et.al, 2004; Al-Ghufayli, 2008;
            Suhaili & Nor’Azzah, 2009; Muhammad Syukri, 2014; Nurul Ilyana
            & Zahri, 2018; Ahmad Husni & Muhammad Furqan, 2018).
               Berdasarkan  perbincangan  dalam  laporan  Perakaunan  dan
            Pelaporan  Kewangan  Islam  bagi  institusi  Wakaf,  Zakat  dan
            Baitulmal  di  Malaysia  Fasa  2,  2017  (Zon  1),  institusi  MAIN
            mempunyai kuasa mengurus secara sempurna dan spara terhadap
            aset  fizikal  yang  dibiayai  oleh  dana  MAIN  mengikut  enakmen
            sebagai  pemegang  amanah  tunggal  di  negeri  berkenaan.  Seperti
            mana  yang  dijelaskan  sebelum  ini,  merujuk  kepada  cadangan




                                                                          208
                                           209
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221