Page 220 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 220

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               dana  zakat  pula  dicadangkan  terbahagi  kepada  dua  bentuk
               pengolahan perakaunan iaitu; (1) liabiliti; (2) ekuiti terhad.

            ii.  Kedua, isu agihan zakat dan pemilikan (tamlik) aset dan manfaat
               zakat.  Ini  bersandarkan  kepada  Al-Quran  Surah  At-Taubah
               (9:60) yang dinyatakan sebelum ini iaitu kepada lapan golongan
               tersebut  dengan  huruf  laam  at-tamlik  iaitu  huruf  Laam  yang
               diguna pakai untuk menyatakan pemilikan dan menghubungkan
               antara asnaf tersebut dengan wawu at-tasyriik iaitu huruf waw
               (huruf  ataf)  yang  bererti  “dan”  yang  menunjukkan  masing-
               masing  mempunyai  hak  yang  sama  bersandarkan  kepada
               pendapat  para  ulama  Syafi’iyyah  (al-Zuhaili,  2011).  Oleh  itu,
               semua bentuk zakat merupakan milik semua golongan dengan
               hak  yang  sama  (Mohamad  Uda,  2005)  dan  para  ulama  telah
               membincangkan isu ini dengan lebih mendalam daripada sudut
               bentuk agihan zakat. Contohnya menurut Qardawi (2000) yang
               telah dijelaskan sebelum ini, terdapat dua cara agihan zakat, iaitu
               (1) memberikan bantuan kepada asnaf dengan sejenis bantuan
               yang dapat menghapuskan sebab kemelaratan dan kesempitan
               hidup  mereka.  Cara  ini  dinamakan  sebagai  ‘pemberian
               kecukupan umur’. (2) memberikan bantuan kepada asnaf untuk
               membiayai  mereka  sepanjang  tahun  dalam  erti  kata  lain
               memberikan bantuan tahunan. Cara ini dinamakan “pemberian
               kecukupan  sara  diri”.  Dalam  melaksanakan  cara  pengagihan
               pemberian  kecukupan  ini,  Qardawi  (2000)  telah  menjelaskan
               bahawa  adalah  harus  institusi  zakat  membangunkan  kilang,
               premis kediaman, kompleks perniagaan dan pelbagai lagi harta
               aqar  atau  hartanah  dengan  menggunakan  harta-harta  zakat.
               Manfaat  dan  faedah  daripada  harta-harta  aqar  tersebut  dapat
               menjana pendapatan bagi memenuhi kecukupan mereka dengan
               sempurna.

               Namun  pandangan  pengkaji  semasa  telah  membahagikan
               bentuk dan kaedah bantuan zakat kepada dua bentuk iaitu; (1)
               bantuan berbentuk konsumtif; (2) bantuan berbentuk produktif.
               Kajian  oleh  Suhaili  dan  Nor’Azzah  (2009)  serta  kajian  oleh




                                                                          212
                                           213
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225