Page 217 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 217

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            kerangka  syariah  untuk  aset  dalam  laporan  fasa  kedua,  secara
            umumnya  menyimpulkan  bahawa  aset  baitulmal  merupakan  aset
            pemilikan  sempurna  dan  mempunyai  kuasa  kawalan  yang
            sepenuhnya  terhadap  ‘ain  dan  manfaat  aset.  Justeru,  segala  hasil
            yang  diperoleh  daripada  aset  yang  dibiayai  oleh  dana  baitulmal
            sudah pastilah dimiliki sepenuhnya oleh institusi MAIN. Manakala
            dalam aspek belanja pula, segala hasil yang diperoleh seperti yang
            dijelaskan  tadi  adalah  diharuskan  untuk  tujuan  perbelanjaan
            pengurusan  terhadap  aset  tersebut  dan  patuh  syariah.  Justeru
            pengiktirafan,  pengukuran  dan  pendedahan  yang  berkait  dengan
            dana  baitulmal  adalah  seperti  institusi  lazim  yang  mempunyai
            pemilikan,  kawalan  dan  kuasa  pengurusan  (tasarruf)  sepenuhnya
            terhadap dana tersebut.
               Namun begitu, pandangan syarak terhadap agihan zakat dalam
            bentuk aset dan hasil atau faedah dan manfaat daripada aset tersebut
            serta  perbelanjaan  yang  berkaitan  dengan  pengurusan  aset  zakat
            adalah  berbeza.  Ini  kerana  menurut  laporan  tersebut,  aset  zakat
            mempunyai  pemilikan  yang  tidak  sempurna  di  mana  manfaat
            daripada  aset  yang  dibiayai  oleh  dana  zakat  adalah  dimiliki  oleh
            penerima manfaat yang telah ditentukan. Oleh itu, hasil dan manfaat
            yang  dijana  daripada  aset  zakat  perlu  dikembalikan  kepada
            kumpulan  wang  zakat  dan  manfaatnya  adalah  tertumpu  kepada
            penerima manfaat yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan
            nas al-Quran dan As-Sunnah. Manakala perbelanjaan pengurusan
            terhadap aset wakaf adalah diharuskan untuk diambil sebahagian
            daripada hasil penjanaan aset tersebut untuk tujuan penjagaan ‘ain
            aset agar ia dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dan manfaat aset
            tersebut berkekalan serta cakupan manfaat tersebut dapat diluaskan
            kepada pelbagai penerima manfaat yang ramai.
               Asas perbahasan aspek syariah kedua ialah bentuk agihan zakat
            dalam bentuk konsumtif dan produktif. Ini kerana agihan berbentuk
            konsumtif adalah bentuk agihan zakat yang lazim diamalkan oleh
            institusi MAIN yang mana barang yang diagihkan adalah berbentuk
            pakai  habis  dan  sekiranya  dalam  bentuk  wang,  ia  juga  akan
            dibelanjakan habis. Kaedah ini lebih kepada memenuhi keperluan
            asas  penerima  manfaat  untuk  meneruskan  kehidupan  (kecukupan




                                                                          209
                                           210
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222