Page 213 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 213
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang,
dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-
orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Tafsiran ayat tersebut jelas menunjukkan terdapat lapan
golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan golongan
tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang
miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab
(hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah
(orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir
yang sedang dalam perjalanan). Ayat al-Quran tersebut juga
menunjukkan pengagihan zakat amat penting memandangkan
penegasan dan penjelasan yang nyata dalam pengagihan zakat.
Institusi zakat atau Baitul Mal yang diwujudkan oleh kerajaan
mempunyai kuasa untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Majoriti
para fuqaha’ berpendapat pembayaran zakat perlu dilakukan kepada
institusi MAIN sebagai entiti syaksiyyah iktibariyyah kerana
beberapa alasan termasuklah peranan institusi MAIN yang mampu
dan berupaya mengagihkan zakat dengan lebih berkesan kepada
asnaf zakat seperti dinyatakan dalam al-Quran.
Perbincangan ini merujuk kepada laporan kajian Perakaunan
dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan
Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1) yang telah
mencadangkan satu kerangka syariah daripada aspek pengiktirafan,
pengukuran dan pelaporan berkenaan aset di institusi MAIN kerana
kerangka kerja syariah yang berkaitan dengan perakaunan aset amat
berkait dengan cadangan pembinaan kerangka syariah yang
berkaitan dengan elemen perakaunan yang lain seperti aset, hasil
dan belanja serta liabiliti dan ekuti. Laporan tersebut telah
merumuskan bahawa terdapat dua kategori aset di institusi MAIN
iaitu; (1) aset baitulmal yang mana aset tersebut merupakan harta
milik sempurna dan institusi MAIN mempunyai kuasa sepenuhnya
205
206