Page 210 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 210
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
bangunan berkenaan sebenarnya ialah dari segi kewangan
punya nature. Kalau dari segi pandangan auditan, memang
saya akan pro kepada kita perlu terjemahkan dalam
penyata, cuma dari segi syarie itu sebabnya bagi saya jika
kita nak buat penajaan kita sendiri pun kita mesti ada satu
perancangan. Apabila satu bangunan itu sedia, itulah
depreciation yang perlu kita peruntukkan dan dia akan
memudahkan bahagian kewangan, okay bajetnya dah ada.
Inilah susut nilainya yang wujud samada dari segi bangunan
atau dari segi kenderaan itu sendiri…’
Isu kutipan dan agihan zakat telah dibangkit oleh Pengarah
2
Baitulmal MAIS seperti berikut,
….cuma sesuai atau tak kutipan zakat dan agihan zakat di
dalam PnL ini? Atau dalam enakmen kata kita pemegang
amanah, zakat ini hak asnaf...samada perlu duduk dalam
balance sheet sebagai amanah, liabiliti....dalam definisi,
istilah itu istilah juga..tapi kalau substance nya mcam
mana?...
Pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh pihak pelaksana di
MAIN ini jelas menunjukkan perlunya satu piawaian perakaunan
Islam yang dapat menjadi panduan kepada para akauntan dan
pegawai kewangan untuk menyediakan satu pelaporan kewangan
aset dan dana wakaf yang mematuhi prinsip dan konsep fiqh serta
konsisten dengan konsep dan prinsip perakaunan yang lazim
digunakan pada masa kini. Daripada temu bual dengan beberapa
pegawai kewangan serta akauntan di MAIN menunjukkan amalan
semasa institusi MAIN tidak mengiktiraf dan mendedahkan aset
yang dibiayai daripada dana zakat dalam penyata kewangan tahunan
dan hanya merekodkan di bahagian daftar aset sahaja. Ini adalah
kerana amalan perakaunan zakat semasa yang dipraktiskan oleh
2 Pegawai Baitulmal MAIS. Ditemu bual pada 12 Julai 2018. Tempat: Bangunan
MAIS
202
203