Page 212 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 212

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            ASAS PERBAHASAN KERANGKA KERJA KONSEPTUAL
            PERAKAUNAN ISLAM
            Bahagian ini membincangkan beberapa dalil daripada sumber al-
            Quran dan as-Sunnah yang berkaitan dengan agihan zakat sebagai
            asas  dalam  membina  satu  kerangka  kerja  konseptual  perakaunan
            Islam. Perlu dijelaskan bahawa perbahasan ini adalah berkaitan dana
            amanah zakat yang diagihkan kepada tujuh asnaf selain amil. Justeru
            persoalan pengiktirafan aset zakat serta sifat pemilikan yang tidak
            sempurna  adalah  merujuk  kepada  aset  yang  dibiayai  oleh  dana
            amanah zakat dan tiada isu terhadap dana zakat yang diterima oleh
            asnaf  amil   kerana  ia  akan  menjadi  pemilikan  secara  sempurna
                      4
            kepada asnaf tersebut. Terdapat dua asas utama perbincangan ini
            iaitu (1) Isu pemilikan (tamlik) sama ada ‘ain atau manfaat aset; dan
            (2) Isu kaedah dan bentuk agihan zakat iaitu berbentuk konsumtif
            atau produktif.
               Perbincangan ini dimulakan dengan mengemukakan satu dalil
            naqli yang dirujuk kepada al-Quran yang khusus berkaitan konsep
            agihan  zakat.  Al-Quran  telah  memberi  penerangan  yang  jelas
            tentang pengagihan zakat berbanding dengan masalah menentukan
            sumber  zakat  berdasarkan  ayat  60  Surah  at-Taubah  yang
            memperincikan  arahan  pengagihan  zakat.  Ini  jelas  menunjukkan
            pengagihan zakat merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang
            besar dipikul oleh institusi zakat terutamanya dalam menguruskan
            kutipan  dan  agihan  zakat  (Qardawi,  2000  dan  Mahmood  Zuhdi,
            2003).  Dalam  surah  at-Taubah  ayat  60,  Allah  SWT  telah
            menjelaskan beberapa kelompok yang berhak menerima zakat iaitu
            melalui firmanNya yang bermaksud,

               “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
               orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil
               yang  mengurusnya,  dan  orang-orang  muallaf  yang

            4   Kuasa  amil  berbeza  mengikut  strukur  pentadbiran  zakat  sama  ada
            pengkorporatan  pengurusan  secara  sepenuhnya  atau  secara  spara  yang  mana
            kutipan  zakat  oleh  anak  syarikat  MAIN  tetapi  agihan  zakat  oleh  baitulmal.
            Terdapat beberapa negeri yang tidak mengkorporatkan pengurusan zakat (kutipan
            dan agihan diuruskan oleh baitulmal)



                                                                          204
                                           205
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217