Page 208 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 208
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Terdapat beberapa kajian
terdahulu yang telah mengkaji amalan pelaporan oleh beberapa
institusi zakat di Malaysia (Htay & Salman, 2014; Sapingi et. al,
2016, Hairunnizam et. al, 2017; dan Norfaiezah et. al, 2017).
Kesemua kajian ini menyatakan bahawa satu pendedahan maklumat
kutipan dan pengagihan zakat yang lengkap dan telus adalah perlu
untuk mengurangkan tahap ketidakpuasan hati dalam kalangan
pembayar zakat terhadap pendedahan maklumat kewangan dan
bukan kewangan dalam pelaporan kewangan institusi zakat.
Terdapat juga beberapa kajian semasa yang mencadangkan
pelaporan yang berasaskan doktrin syariah seperti pendedahan
penyata kewangan yang memenuhi maqasid syariah daripada sudut
pendedahan yang bersifat doruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah
(Mohd Fairuz et al, 2016) dan pendedahan agihan zakat daripada
sudut fiqh agihan iaitu mengikut keutamaan berdasarkan mazhab
Imam Syafie (Hairunnizam et. al, 2017). Namun kajian yang
mencadangkan aspek pendedahan dalam konteks pelaporan
kewangan yang patuh syariah amat kurang. Satu cadangan ke arah
membuat pelaporan yang komprehensif yang menggabungkan
aspek doktrin fiqh zakat serta aspek sains pengurusan zakat amat
diperlukan untuk memastikan pelaporan kewangan oleh institusi
MAIN adalah menyeluruh dan seimbang. Dengan mengambil
sebahagian aspek pelaporan kewangan, satu persoalan utama yang
belum dikaji secara mendalam adalah sejauhmana aset zakat serta
kutipan dan agihan zakat yang dilaporkan di dalam penyata
kewangan zakat oleh institusi zakat memenuhi syariat Islam. Isu
kajian ini adalah rentetan daripada temu bual kajian ini dengan salah
1
seorang pegawai kewangan yang telah menjelaskan permasalahan
yang timbul daripada kecelaruan penyediaan penyata kewangan
untuk merekodkan aset berbentuk amanah seperti aset wakaf dan
zakat di sesebuah MAIN. Menurut beliau,
1 Pegawai Kewangan MAIJ. Ditemu bual pada 1 April 2018. Tempat: Majlis
Agama Islam Johor
200
201