Page 205 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 205

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            ekuiti  yang  dipraktiskan  dalam  penyata  kewangan  institusi  zakat
            perlu ditakrifkan semula agar ia memenuhi kehendak syariah dan
            menggambarkan  kedudukan  kewangan  institusi  zakat  sebagai
            pemegang amanah berlandaskan kepada enakmen pengurusan dan
            pentadbiran  agama  Islam  negeri.  Hasil  kajian  ini  juga
            mencadangkan pengurusan agihan zakat juga dalam bentuk agihan
            konsumptif  dan  produktif  perlu  selaraskan  daripada  sudut
            perakaunan semasa dan menepati syariah agar pihak institusi dapat
            merancang kewangan zakat kepada asnaf pada masa kini dan masa
            akan  datang.  Beberapa  implikasi  dasar  serta  cadangan  turut
            dibincangkan dalam kajian ini.

            Kata Kunci: Kerangka Kerja Syariah, Pelaporan kewangan institusi
            zakat, perakaunan Islam.

            PENGENALAN
            Pengurusan dana zakat oleh institusi yang diberi amanah merupakan
            faktor yang penting dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam
            khususnya dan negara secara amnya. Di Malaysia, pentadbiran harta
            umat  Islam  termasuk  hasil  berkaitan  agama  Islam  seperti  zakat,
            wakaf  dan  baitulmal  diletakkan  di  bawah  kuasa  kerajaan  negeri
            seperti  yang  termaktub  dalam  Perkara  97(3)  Perlembagaan
            Persekutuan  dan  pentadbiran  tersebut  dilaksanakan  oleh  Jabatan
            Agama  Islam  Negeri,  Majlis  Agama  Islam  Negeri  (MAIN)  serta
            agensi  yang  diberi  mandat  oleh  MAIN  seperti  pusat  zakat,
            perbadanan  wakaf  dan  perbadanan  baitulmal.  Dalam  konteks
            pentadbiran  zakat,  urusan  kutipan  atau  kedua-dua  agihan  dan
            kutipan adalah menjadi tanggungjawab MAIN setiap negeri. Bagi
            sesetengah negeri urusan agihan atau kedua-dua kutipan dan agihan
            adalah diamanahkan kepada agensi yang diberikuasa oleh MAIN.
            Pengasingan  pengurusan  wang  berkaitan  agama  Islam  termasuk
            zakat yang tidak diiktiraf sebagai wang awam adalah jelas seperti
            yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957.
            Perundangan ini digubal bertujuan untuk memastikan kutipan zakat
            secara  khususnya  dapat  diagihkan  dengan  sempurna  dengan
            mematuhi tuntutan syarak oleh institusi zakat seperti MAIN atau




                                                                          197
                                           198
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210