Page 206 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 206
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
agensi yang diberi kuasa oleh MAIN yang berperanan sebagai ulul
amri. Malah sebenarnya institusi MAIN merupakan entiti
perundangan (syakhsiyyah 'iktibariyyah) yang mempunyai hak ke
atas pengurusan dan pemegang amanah harta awam umat Islam
menurut maslahat (al-Zuhaili, 1995) yang berkaitan pengurusan
harta atau hasil umat Islam seperti zakat. MAIN sebagai institusi
ulul amri yang diberi amanah menguruskan dana zakat memainkan
peranan penting bagi memenuhi dan memelihara kepentingan umat
Islam dan juga masyarakat awam amnya. Seiring dengan
perkembangan ekonomi dan kewangan umat Islam, serta
pemodenan tadbir urus MAIN, pengurusan zakat pada masa kini
dilihat lebih kompleks dan memerlukan kepada sistem pengurusan
yang cekap, berakauntabiliti tinggi dan berkesan bagi menjamin
kelestarian sosioekonomi umat Islam.
Konsep akauntabiliti dalam Islam meliputi konsep yang lebih
luas dan menyeluruh iaitu akauntabiliti kepada Allah SWT dan
akauntabiliti kepada mahluk. Setiap tindakan atau perbuatan
manusia yang merupakan khalifah Allah SWT termasuk pengurusan
zakat akan dipertanggungjawabkan di akhirat dan akan dihisab
dengan seadil-adilnya pada hari pengadilan. Firman Allah SWT
dalam Surah al-Anbiya ayat 47 bermaksud,
“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan
yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada)
hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya
sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi
(sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk
ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai
Penghitung”
Oleh itu, urusan keduniaan adalah tidak dipisahkan dengan
urusan akhirat, malah setiap urusan keduniaan mestilah bertujuan
mencapai mardhatilah (keredaan Allah SWT) dan al-falah
(kejayaan dunia dan akhirat).
Terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan aspek
pentadbiran zakat masih perlu diberi tumpuan terutamanya
198
199