Page 215 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 215

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Berdasarkan  Jadual  1,  laporan  tersebut  mendapati  hampir
            kesemua  negeri  di  dalam  zon  yang  dikaji  telah  merekod  dan
            mengakaunkan  aset  baitulmal  dalam  penyata  kewangan.  Namun
            begitu, hanya ada dua negeri sahaja iaitu negeri Selangor dan Negeri
            Sembilan  yang  telah  merekod  aset  wakaf  dalam  bentuk  tanah
            manakala tiga negeri yang merekodkan aset wakaf dalam bentuk
            bangunan masing-masing ialah negeri Selangor, Melaka dan Johor.
            Namun bagi aset yang berkaitan dengan dana zakat untuk aset tanah
            dan bangunan, kesemua negeri yang dikaji tidak merekodkan dan
            mengakaunkan dalam penyata kewangan. Namun begitu sebenarnya
            aset ini wujud di negeri yang dikaji berdasarkan temu bual yang
            telah dijalankan dengan para akauntan MAIN.
                                                      5
               Hasil temu bual dengan akauntan MAIS ,masalah pengiktirafan
            aset dan pendedahan di penyata kedudukan kewangan MAIS secara
            khususnya berkaitan harta zakat dijelaskan seperti berikut,

               ‘…dia ada macam-macam contohnya tanah itu tanah asnaf,
               itu  kita  rekod  sebagai  aset.  Sebab  hak  milik  dah  transfer
               pada asnaf. Contoh kita beli rumah transit, tapi hak milik tu
               kita akan letak bawah majlis so ini yang kita katakan bila
               kita keluarkan untuk pembelian kita dah rekodkan sebagai
               agihan  tapi  kita  tak  rekod  sebagai  aset  sedangkan  kita
               tengok dari segi geran, hak milik jelas nama majlis. Itu yang
               berlaku,  kita  tak  rekod  sebagai  aset  tapi  rekod  di  dalam
               agihan…’

               ‘…bukan macam itu, sebab masa kita tak rekod tu..contoh
               kita beli bangunan itu 2018, kalau kita terus nya sebagai
               aset  kita  tak  kelaskannya  sebagai  perbelanjaan  sebagai
               agihan  tadi.  Seolah  2018  macam  tiada  agihan  lah,
               sedangkan benda tu kita beli aset. Cuma praktisnya kita tak
               rekod di dalam aset tapi rekod sebagai belanja…’



            5 Ditemu  bual  pada  12  Julai  2018.  Tempat:  Bangunan  Majlis  Agama  Islam
            Selangor



                                                                          207
                                           208
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220