Page 221 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 221
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Muhammad Anwar (1995) secara khususnya telah
membincangkan cadangan kaedah yang boleh mengubah nasib
asnaf menjadi pembayar zakat melalui kaedah agihan zakat
berbentuk produktif seperti mengadakan program latihan dan
pembangunan modal insan asnaf serta mencadangkan
pemberian suatu bentuk pinjaman sama ada menggunakan
kontrak qardul hassan dan sebagainya. Namun isu pemilikan
(tamlik) tetap menjadi isu utama berdasarkan perbincangan
surah Al-Taubah ayat 60 yang telah dijelaskan sebelum ini.
Rumusannya beberapa pandangan mencadangkan agar agihan
zakat berbentuk konsumtif adalah kepada empat asnaf yang
utama dalam surah Al-Taubah ayat 60 iaitu asnaf fakir, miskin,
amil dan hamba manakala agihan zakat berbentuk produktif
adalah kepada empat asnaf yang seterusnya. Walau
bagaimanapun terdapat juga pandangan yang tidak menghadkan
bentuk agihan konsumptif dan produktif kepada kumpulan asnaf
tertentu.
iii. Ketiga. isu manfaat dan faedah daripada agihan zakat. Merujuk
kepada bentuk agihan zakat (1) komsumtif dan (2) produktif,
maka kajian ini berpandangan konsep pemilikan (tamlik)
berdasarkan surah At-Taubah ayat 60 dan pandangan Qardawi
(2000) yang membezakan huruf li-tamlik yang menunjukkan
pemilikan sempurna asnaf empat yang pertama dan huruf fi yang
menunjukkan pemilikan secara spara. Implikasinya (1) segala
terimaan dan kutipan zakat yang dikutip daripada masyarakat
Islam dan diagihkan secara langsung kepada empat asnaf yang
pertama atau kepada asnaf yang lain dalam bentuk agihan
konsumtif atau; (2) bentuk agihan produktif yang memberi
implikasi pindahan hak milik aset secara milik sempurna atau
secara spara, maka ia perlu dilayan sebagai liabiliti. Ini adalah
kerana ia merupakan satu amanah yang perlu ditunaikan pada
tahun berkenaan dan sekiranya berlaku lebihan agihan zakat
pada tahun tersebut, maka ia perlu dilayan sebagai liabiliti
213
214