Page 223 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 223

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               tersebut diagihkan. Sebagai contoh pembinaan asrama anak
               yatim Baitul Hasanah yang dibina untuk manfaat anak-anak
               yatim  fakir  dan  miskin  dengan  menggunakan  dana  asnaf
               fakir dan miskin. Segala kos pengurusan operasi, pembelian
               peralatan  keperluan  asas,  pembayaran  emolumen
               kakitangan,  emolumen  tenaga  pengajar  dan  segala
               keperluan  asas  asrama  tersebut  adalah  dibiayai
               menggunakan  dana  asnaf  fakir  dan  miskin..’  Tarikh  2
               Februari  2012  [MAIS/SU/BUU/02/016/171;  P.U.  Sel.
               AGM. 0007 Jld. 3]

               Contoh  lain  di  negeri  Perlis  juga  ada  menyatakan  keharusan
               agihan  dana  zakat  digunakan  dalam  bentuk  manfaat  daripada
               aset iaitu;

               ‘…peruntukan untuk asnaf fakir dan miskin perlu diagihkan
               dan  diurus  dengan  lebih  berkesan  dan  sistematik  serta
               mendatangkan  faedah  jangka  panjang  kepada  mereka
               seperti  mendirikan  kilang  perusahaan  yang  membabitkan
               fakir  dan  miskin,  dan  memberi  pulangan  kepada  mereka
               untuk  mendapat  faedah  sepenuhnya  daripada  program
               tersebut’  Tarikh:  11  Mei  1998  [Jawatankuasa  Syariah
               Negeri Perlis]

            iv.  Keempat, bagi MAIN yang mana pengurusan zakat adalah di
               bawah  kuasa  baitulmal,  sama  ada  pengurusan  kutipan  dan
               agihan zakat sepenuhnya atau pengurusan agihan zakat sahaja,
               bahagian asnaf kepada amil akan diiktiraf sebagai hasil kepada
               baitulmal tersebut. Pihak baitulmal mempunyai hak serta kuasa
               yang sempurna untuk menguruskan dana tersebut termasuklah
               membeli aset. Justeru  aset  yang dibiayai daripada  dana  zakat
               bahagian  amil  di  bawah  baitulmal  akan  diiktiraf  sebagai  aset
               MAIN  yang  mana  pemilikannya  adalah  sempurna  daripada
               aspek ‘ain dan manfaat.






                                                                          215
                                           216
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228