Page 228 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 228

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            semasa  untuk  memudahkan  para  akauntan  di  institusi  untuk
            mengiktiraf,  mengukur  dan  mendedahkan  maklumat  tersebut  di
            penyata  kewangan  zakat  dengan  telus,  komprehensif  dan  tidak
            menimbulkan kekeliruan kepada pemegang taruh.
               Cadangan pembentukan satu piawaian baru untuk perakaunan
            zakat  serta  diperkukuhkan  dengan  aspek  perundangan  seperti
            menggubal  satu  enakmen  zakat  adalah  wajar  memandangkan
            wujudnya banyak transaksi baru berkait dengan penggunaan dana
            zakat seperti pembelian aset bangunan dan tanah, penjanaan hasil
            sewa atau pulangan keuntungan daripada aset zakat, pembelian aset
            kenderaan,  pendahuluan  wang  zakat  daripada  kategori  asnaf
            fisabilillah untuk tujuan pembangunan harta wakaf atau baitulmal,
            kewujudkan transaksi pinjaman kepada asnaf melalui dana zakat,
            pendefinisian asnaf yang semakin luas,  bantuan zakat  yang  telah
            melangkaui  sempadan  geografi  dan  sebagainya.  Kewujudan
            enakmen  pentadbiran  agama  Islam  negeri  yang  sedia  ada  untuk
            pengurusan  zakat  didapati  adalah  amat  terhad  sedangkan
            perkembangan  semasa  menunjukkan  pengurusan  zakat  semakin
            mencabar bukan sahaja untuk mempelbagaikan kaedah pengagihan
            zakat ke arah yang lebih produktif, malah menyahut cabaran pihak
            pemegang taruh untuk menjadikan pengurusan zakat ke arah lebih
            profesional.  Cadangan  piawaian  baru  pelaporan  kewangan  zakat
            yang  mengikut  syarak  adalah  seperti  di  Rajah  1  dan  Rajah  2  di
            lampiran.

            KESIMPULAN
            Kecekapan dan keberkesanan institusi agama dalam menzahirkan
            akauntabiliti kepada pihak berkepentingan adalah perlu dan dalam
            konteks  Malaysia,  persoalan  terhadap  tahap  ketelusan  dan
            akauntabiliti  dalam  kalangan  institusi  berlandaskan  Islam  seperti
            institusi yang mentadbir dan mengurus wakaf, zakat dan baitulmal
            adalah perkara yang perlu ditangani secara bijak dan profesional.
            Pendedahan  penyata  kewangan  yang  relevan,  objektif,  material,
            telus  serta  komprehensif,  boleh  dipercayai,  tepat  yang  akhirnya
            tidak  mengelirukan  serta  tidak  menimbulkan  fitnah  dan  kesan
            negatif kepada masyarakat adalah perlu untuk menangani persepsi




                                                                          220
                                           221
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233