Page 227 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 227

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Macam  tadi  cadangan  Dr.  tadi  ekuiti  terhad,  ekuiti
               sementara…

               … so zakat pun liabiliti lah. sebab kalau tengok report ini
               pun,  zakat  ini  lebihan  duit  lama  yang  kebelakangan  ini
               kutipan  lebih  sedikit  dari  agihan.  Defisit.  Memang  agih
               habis…
               ….  makna  kata  selagi  tak  bercanggah,  kalau  istilah  itu
               walaupun  difahami  oleh  orang  akauntan  dengan  maksud
               yang lain tapi bila orang wakaf, zakat memahami hasil ini
               bukan hasil kita akan guna tapi hasil dengan maksud, masuk
               dalam  akaun  kemudian  akan  diagihkan.  Macam  pernah
               berlaku  pada  zaman  Umar  lah.  beberapa  orang  Kristian
               datang jumpa Saidina Umar, “kami tak nak bayar jizyah,
               kami  nak  bayar  duit  kami  namanya  zakat”.  ..waktu  itu
               mereka bangga bila sebut zakat. Umar kata… “ikutlah nak
               letak nama zakat ke apa, bagi kami ia adalah jizyah.”

               …maknanya istilah itu difahami dengan maksud lain tapi
               Umar memahami walaupun kata zakat, sebab substance nya
               ia bukan dari orang Islam. So tetap nama jizyah. So ambil
               pendekatan selagi mana tidak melanggar…’

               Cadangan satu piawaian baru diwujudkan secara khusus untuk
            pengolahan  perakaunan  kutipan  dan  agihan  zakat  terutamanya
            dalam aspek pengiktirafan, pengukuran dan pendedahan dana zakat
            untuk dilaksanakan oleh semua institusi MAIN di Malaysia kerana
            keunikan  yang  wujud  dalam  menguruskan  zakat.  Ini  kerana
            pelaporan kewangan zakat perlu dilihat daripada dimensi yang lebih
            luas  termasuklah  kaedah  doktrin  yang  berkait  dengan  fiqh  zakat
            yang  melibatkan  pelbagai  fatwa  yang  sentiasa  kehadapan  untuk
            menangani permasalah fiqh semasa serta kaedah sains yang berkait
            dengan pengurusan zakat yang dinamik. Justeru satu takrifan yang
            baik berdasarkan kaedah fiqh iaitu jami’ dan mani’ diperlukan untuk
            mentakrifkan  zakat,  kutipan  zakat,  agihan  zakat  serta  baki  zakat
            yang belum diagihkan agar konsisten dengan piawaian perakaunan




                                                                          219
                                           220
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232