Page 222 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 222
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
8
semasa yang perlu didedahkan dalam penyata kewangan
MAIN.
Manakala segala terimaan daripada aset zakat yang berbentuk
agihan produktif seperti pelaburan aset zakat dalam institusi
kewangan berbentuk deposit tetap atau mendapat hasil sewaan
daripada aset zakat, maka ia perlu dilayan sebagai ekuiti terhad
dan segala hasil manfaat daripada aset tersebut diiktiraf sebagai
hasil. Ini kerana ia melibatkan usaha bersungguh-sungguh pihak
Institusi MAIN yang telah mengubah bentuk agihan zakat
daripada tradisionalnya berbentuk konsumtif kepada bentuk
produktif (Suhaili & Nor’Azzah, 2009). Manakala segala kos
yang terlibat dalam penyelenggaraan aset bertujuan untuk
memastikan manfaat aset tersebut secara berterusan, maka item
ini perlu diiktiraf sebagai belanja. Item yang lain yang terlibat
termasuklah belanja susut nilai dan sebagainya. Lebihan hasil
tolak belanja akan dilayan sebagai ekuiti zakat. Ekuiti zakat
agihan berbentuk produktif yang diperolehi daripada manfaat
daripada aset zakat yang diletakkan kepada Institusi MAIN
untuk kegunaan asnaf yang ditentukan. Ia merupakan ekuiti
terhad.
Berdasarkan Laporan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan
Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia
Fasa 2, 2017 (Zon 1), institusi MAIN secara praktisnya telah
melaksanakan kaedah agihan berbentuk produktif berpandukan
kepada pandangan jawatankuasa syariah dan fatwa negeri
masing-masing yang mempunyai pandangan yang berbeza
dalam menguruskan dana zakat dan agensi berkaitan di
bawahnya. Contohnya dalam enakmen pentadbiran agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 di bawah seksyen 47,
‘…sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara
manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf
8 dikenali sebagai zakat belum agih
214
215